Assalamulaikum,
Lama gaks saya tak buat posting pasal fotografi ni, ok lah.. kali ni saya nak kongsi sedikit sebanyak pasal Exposure dan ISA dalam fotografi ni secara ringkas dan yang paling penting mudah difahami.
Dari segi definasi, Exposure adalah jumlah cahaya yang terdedah kepada medium kamera (sama ada film ataupon sensor) semasa proses mengambil gambar iaitu dalam satu Shutter Cycle.
Ada kalanya kita dapati gambar menjadi gelap (under exposed) dan ada kalanya gambar menjadi terlalu terang (over exposed).

Under Exposed – Correct Exposed – Over Exposed
Untuk mendapatkan exposure yang tepat, elemen-elemen yang berkait rapat dengan exposure itu mesti difahami dahulu. Oleh itu, ISA menjadi elemen utama bagi menentukan exposure yang tepat. Hukum ISA adalah pertalian antara ISO, Shutter Speed dan Aperture.
ISO
- Satu ukuran yang menentukan sensitiviti sensor kamera kepada cahaya. (kalau dahulu sensitiviti film). Lagi tinggi bacaan, lagi sensitif.
- Bacaan ISO yang tinggi membenarkan kita mengambil gambar pada keadaan yang kurang cahaya tanpa perlu bantuan flash. Tetapi, masalah utama pada ISO tinggi adalah gambar akan menjadi berbintik dan “noisy”. Ia bergantung kepada jenis pemproses kamera tersebut dan ada model model kamera yang dapat memproses image pada ISO tinggi tanpa noise yang ketara. (Biasanya model mahel ler.. D3, D700, 5D, 1D)
Shutter Speed
- Satu ukuran masa dimana bukaan shutter kamera itu terbuka dan membenarkan cahaya masuk ke sensor. Ia diukur dalam saat cthnye: 3s, 1s, 1/10s, 1/30s, 1/1000s dan seterusnya.
- Shutter speed yang perlahan membenarkan banyak cahaya masuk manakala shutter speed yang pantas membenarkan sedikit cahaya masuk.
- Contoh aplikasi shutter speed adalah untuk menentukan aksi kaku “freeze action” satu satu gambar. Shutter speed yang tinggi (1/1000s) diperlukan untuk membekukan pergerakkan yang pantas seperti aksi lumba lari, kereta lumba, air menitik dan sebagainya. Kalau nak dapatkan “flowing action” macam gambar air terjun tu.. setkan Shutter Speed perlahan ler plak….
- Selain drp tu, pada shutter speed yang rendah, adakalanya kita akan dapat “Ghost Effect” dimana gambar nampak berbayang.
Aperture
- Aperture adalah saiz bukaan bilah-bilah pada lens yang membenarkan cahaya melaluinya.
- Lagi besar bukaan bilah-bilah tu, lagi banyak cahaya masuk melaluinya.
- Aperture diukur dengan nilai F-value. Makin tinggi F-value, makin kecil bukaan Aperture dan begitu juga sebaliknya, makin rendah F-value, makin besar bukaan aperture.
- F-Value besar = Aperture kecil. Contoh: (F16 = aperture kecil)
- F-Value kecil = Aperture besar. Contoh: (F1.4 = aperture besar)
- Aperture juga digunakan untuk menentukan Dof (depth of field – sila rujuk posting terdahulu berkaitan dengan Dof)
Relativiti ISA dan Hukum ISA
Secara ringkasnya saya dapat rangkumkan relativiti ISA atau Hukum ISA ni dengan gambarajah dibawah.

Jadual Relatif ISA
| 1 | ISO | Shutter Speed | Aperture | |||
| ISO | Shutter Speed | Aperture | ||||
| 2 | ISO | Shutter Speed | Aperture | |||
| ISO | Shutter Speed | Aperture | ||||
| 3 | ISO | Shutter Speed | Aperture | |||
| ISO | Shutter Speed | Aperture |
*Note: Aperture Besar = F-Value Kecil
Penerangan
Untuk senang difahami, saya kunci satu daripada 3 elemen tersebut. Kalau tak tentu bercelaru nak faham.
OK.. sebagai contoh No.1. ISO dikunci dan kita setkan ISO pada ISO200 contohnya, apabila kita tambahkah atau tinggikan Shutter Speed.. secara relatifnya kita perlu besarkan juga bukaan aperture (turunkan nilai F-Value). Begitu juga sebaliknya jika kita rendahkan Shutter Speed, kita perlu kecilkan bukaan aperture juga untuk mendapatkan exposure yang tepat.
Contoh No.2 plak… Kita kekalkan Shutter Speed. Jika kita tingkatkan ISO, secara relatifnya Aperture perlu dikecilkan. Tak percaya, acu cuba pi try test tengok. Setkan kamera kepada Shutter Priority dan setkan Shutter Speed kepada 1/60s then cuba adjust ISO drp 200 ke 400 seterusnya ke 800. Tengok pada F-Value (Aperture), F-Value akan semakan tinggi (aperture semakin kecil) apabila ISO ditingkatkan.
Contoh No.3 sama juga… Apabila Aperture dikekalkan dan ISO ditingkatkan, maka secara relatifnya Shutter Speed pon akan meningkat juga. Cuba test, setkan kamera kepada Aperture Priority, dan setkan Aperture kepada F5.6 contohnya. Apabila ISO dinaikkan daripada 200 ke 400 then 800 seterusnya, kita dapati Shutter Speed juga akan meningkat.
Oklah.. cukup sekadar ini dulu.. kang garu kepala plak nak faham. Saya pon garu paler gaks nak buat karangan ni.. takut tersilap fakta plak.
Sekian buat sementara waktu
Wassalam….














