RSS
 

Archive for August, 2009

Kelas Foto: Exposure dan ISA


15 Aug 2009

Assalamulaikum,

Lama gaks saya tak buat posting pasal fotografi ni, ok lah.. kali ni saya nak kongsi sedikit sebanyak pasal Exposure dan ISA dalam fotografi ni secara ringkas dan yang paling penting mudah difahami.

Dari segi definasi, Exposure adalah jumlah cahaya yang terdedah kepada medium kamera (sama ada film ataupon sensor) semasa proses mengambil gambar iaitu dalam satu Shutter Cycle.

Ada kalanya kita dapati gambar menjadi gelap (under exposed) dan ada kalanya gambar menjadi terlalu terang (over exposed).

exposure

Under Exposed – Correct Exposed – Over Exposed

Untuk mendapatkan exposure yang tepat, elemen-elemen yang berkait rapat dengan exposure itu mesti difahami dahulu. Oleh itu, ISA menjadi elemen utama bagi menentukan exposure yang tepat. Hukum ISA adalah pertalian antara ISO, Shutter Speed dan Aperture.

ISO

  • Satu ukuran yang menentukan sensitiviti sensor kamera kepada cahaya. (kalau dahulu sensitiviti film). Lagi tinggi bacaan, lagi sensitif.
  • Bacaan ISO yang tinggi membenarkan kita mengambil gambar pada keadaan yang kurang cahaya tanpa perlu bantuan flash. Tetapi, masalah utama pada ISO tinggi adalah gambar akan menjadi berbintik dan “noisy”. Ia bergantung kepada jenis pemproses kamera tersebut dan ada model model kamera yang dapat memproses image pada ISO tinggi tanpa noise yang ketara. (Biasanya model mahel ler.. D3, D700, 5D, 1D)

Shutter Speed

  • Satu ukuran masa dimana bukaan shutter kamera itu terbuka dan membenarkan cahaya masuk ke sensor. Ia diukur dalam saat cthnye: 3s, 1s, 1/10s, 1/30s, 1/1000s dan seterusnya.
  • Shutter speed yang perlahan membenarkan banyak cahaya masuk manakala shutter speed yang pantas membenarkan sedikit cahaya masuk.
  • Contoh aplikasi shutter speed adalah untuk menentukan aksi kaku “freeze action” satu satu gambar. Shutter speed yang tinggi (1/1000s) diperlukan untuk membekukan pergerakkan yang pantas seperti aksi lumba lari, kereta lumba, air menitik dan sebagainya. Kalau nak dapatkan “flowing action” macam gambar air terjun tu.. setkan Shutter Speed perlahan ler plak….
  • Selain drp tu, pada shutter speed yang rendah, adakalanya kita akan dapat “Ghost Effect” dimana gambar nampak berbayang.

Aperture

  • Aperture adalah saiz bukaan bilah-bilah pada lens yang membenarkan cahaya melaluinya.
  • Lagi besar bukaan bilah-bilah tu, lagi banyak cahaya masuk melaluinya.
  • Aperture diukur dengan nilai F-value. Makin tinggi F-value, makin kecil bukaan Aperture dan begitu juga sebaliknya, makin rendah F-value, makin besar bukaan aperture.
  • F-Value besar = Aperture kecil. Contoh: (F16 = aperture kecil)
  • F-Value kecil = Aperture besar. Contoh: (F1.4 = aperture besar)
  • Aperture juga digunakan untuk menentukan Dof (depth of field – sila rujuk posting terdahulu berkaitan dengan Dof)

Relativiti ISA dan Hukum ISA

Secara ringkasnya saya dapat rangkumkan relativiti ISA atau Hukum ISA ni dengan gambarajah dibawah.

hukumisa

Jadual Relatif ISA

1 ISO Tidak Berubah Shutter Speed Tinggi Aperture Besar
ISO Tidak Berubah Shutter Speed Rendah Aperture Kecil
2 ISO Tinggi Shutter Speed Tidak Berubah Aperture Kecil
ISO Rendah Shutter Speed Tidak Berubah Aperture Besar
3 ISO Tinggi Shutter Speed Tinggi Aperture Tidak Berubah

ISO Rendah Shutter Speed Rendah Aperture Tidak Berubah

*Note: Aperture Besar = F-Value Kecil

Penerangan

Untuk senang difahami, saya kunci satu daripada 3 elemen tersebut. Kalau tak tentu bercelaru nak faham.

OK.. sebagai contoh No.1. ISO dikunci dan kita setkan ISO pada ISO200 contohnya, apabila kita tambahkah atau tinggikan Shutter Speed.. secara relatifnya kita perlu besarkan juga bukaan aperture (turunkan nilai F-Value). Begitu juga sebaliknya jika kita rendahkan Shutter Speed, kita perlu kecilkan bukaan aperture juga untuk mendapatkan exposure yang tepat.

Contoh No.2 plak… Kita kekalkan Shutter Speed. Jika kita tingkatkan ISO, secara relatifnya Aperture perlu dikecilkan. Tak percaya, acu cuba pi try test tengok. Setkan kamera kepada Shutter Priority dan setkan Shutter Speed kepada 1/60s then cuba adjust ISO drp 200 ke 400 seterusnya ke 800. Tengok pada F-Value (Aperture), F-Value akan semakan tinggi (aperture semakin kecil) apabila ISO ditingkatkan.

Contoh No.3 sama juga… Apabila Aperture dikekalkan dan ISO ditingkatkan, maka secara relatifnya Shutter Speed pon akan meningkat juga. Cuba test, setkan kamera kepada Aperture Priority, dan setkan Aperture kepada F5.6 contohnya. Apabila ISO dinaikkan daripada 200 ke 400 then 800 seterusnya, kita dapati Shutter Speed juga akan meningkat.

Oklah.. cukup sekadar ini dulu.. kang garu kepala plak nak faham. Saya pon garu paler gaks nak buat karangan ni.. takut tersilap fakta plak.

Sekian buat sementara waktu

Wassalam….

 
 

Tags: ,

Apa Itu Selsema Babi H1N1….


14 Aug 2009

swine-flu

pic from Google Images

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Asal virus ini.

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat – lewatnya hari ke – 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang – orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak -
kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan – golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan – golongan di atas.

Simptom – Simpton

Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma

Langkah – Langkah Kawalan

1. Golongan – golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika
terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang – kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa – apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat – ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap
persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal – awalnya pada Oktober dan hanya untuk ‘frontliner’ sahaja dan untuk orang awam
selewat – lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test
kepada 1 batch sample.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.

 

Tags: ,

Perokok Pentingkan Diri Sendiri


13 Aug 2009

First of all, all the perokok jangan pulak terasa or marah. Ini hanya luahan rasa seorang perempuan yang tidak merokok dan seorang ibu.

Everyday, setiap petang menunggu si suami menjemput isteri balik kerja, banyak lah “dinasour” dok bersidai menghembuskan asap yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran udara dan banyak menyumbangkan kepada kanser. Kalau tak kepada diri sendiri, sumbang la kat orang menyedut udaranye.

Kenapa mesti merokok? apa faedahnye? I don’t see any benefit, in fact for me, it’s like burning your notes. Tapi tu tak kisahlah not my money but hey, don’t you think about other people? I hate people smoke beside me. Macam tak reti hormatkan orang lain. dok sembur asap macam scerobong keretapi. Selalu kalau org smoke macam tuh, I belah jer or kipas -kipas kan asap suruh dorang paham sikit. Kalau ngan Afriena or Ashraff, lagilah I marah, I taught them to say smelly depan -depan smoker tu jugak.

Wahai perokok -perokok semua, sila lah behenti hisap rokok. sayangilah diri anda. Nanti kena kanser. Kalau tak takut kanser at least, sayangilah duit anda. Kalau tak sayang duit gak, bawak-bawaklah pikir pasal orang lain yang tak suka dengan bau rokok and kesan dari asap rokok.

 
No Comments

Posted by Yatie in Speak Out

 

Tags:

Mencegah Selsema Babi H1N1


12 Aug 2009

abc1abc2

Hari ni sekolah tadika diorang ni dah mewajibkan pakai topeng pernafasan semasa sessi belajar. Afriena ok aja.. siap boleh possing depan kamera untuk amik gambar. Tapi, Ashraff malu-malu rimau plak dia…

Risau gak sekarang ni, mangsa H1N1 meningkat dari sehari ke sehari. Berserah pada Allah S.W.T sahajalah sebab segalanya datang daripada Dia dan Dialah yang melindungi kita juga. Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Selsema Babi H1N1 ini dapat dijauhkan daripada menjangkiti kita serta sanak saudara kita. Amiiinnn……

 
 

Tags:

Hari Terhantuk Afriena


11 Aug 2009

Hari ni kirakan, hari terantuk Afriena. First kat rumah, jalan-jalan terantuk kat meja. masa tu I dok mandi (tak pi kerja hari ni). Habis mandi je dok tengok dia nangis sambil dok ngadu sakit. meja nakal.

Petang plak, pi bawak dia main kat playground, jatuh pulak. Berdebar gak masa tengok dia jatuh. Alhamdulillah dia tak de luka. cuma merah sikit.Pastu nak naik balik rumah, dia yang kepoh nak masuk lif, termasuk lif dulu. then dia tutup sendiri. hish berdobar jantung den. Lama gak tunggu lif sebab dengar dia nangis.Sampai je kat atas, nampak dia tunggu me and Ashraff sambil ditemani my jiran.Tula tak nyempat.berlari masuk lif.

Sampai rumah, papa dia balik lagi la excited. dok melompat kat Y-spin, terhantuk lagi sekali kat meja.Lagi kesian, papa dia marah lagi kat dia sbb tak reti dok diam.

I pun amik dia, kasi minum air, then tidurkan dia.

Sian kan my daughter hari ni. Nama je pempuan, tapi tak reti dok diam.

Note: terasa nak makan nenas dengan asam boi.

 
 

Tags:

Mama, Do you eat baby??


07 Aug 2009

short conversation with Ashraff masa dalam lift tadi.

Ashraff touch my tummy , then letak telinga kat perut. Pastu dia cakap

Ashraff: Mama got baby inside?

Mama: Yes

Ashraff: How big?

Mama: Still small

Ashraff: then after that baby become big, big and big?

Mama: Yes

Ashraff: Then Baby come out?

Mama: Yes

Ashraff: Mama, did you eat baby?

Mama: NOOO… I didn’t. It’s just grow from inside

Mak aih.. ada dia cakap I makan baby. mesti dia dok pikir macam mana baby boleh masuk dalam perut kan. Macam mana nak citer kat dia nih?? Nasib baik dia tak tanya macam mana baby keluar??

 
 

Bukhara Briyani


04 Aug 2009

Masa kat opis dok terbayang-bayang nak makan nasi goreng pedas yang kaler merah. Tapi bila nampak wajah kesayang hamba terus tukar.

Siap cakap,Yati rasa nak makan Beriyani plak. hahaha… dengan hati yang ikhlas.. teruslah drivekan satu family ke SOuth City beli Bukhara Beriani.

Sedap….the best is acar dia

Then makan lagi dengan Kari Kambing. Masa makan syok lah.. lepas makan rasa loya dah datang….

rasa loya datang waktu malam jer… oklah kengkawan masa untuk tidur…night night

 
 

Afriena Yang garang


04 Aug 2009

Garang betul Afriena lately. Adakah sebab dia tau tak lama lagi dia nak dapat adik?

2 malam lepas, ada pergaduhan kecil antara Afriena and Ashraff. Normally kalau gaduh, dorang just main pukul-pukul sikit. tapi tak tahu naper hari tuh dia gigit tangan Ashraff. Geram jugak tau.

gigit

Tengoklah my hero punya tangan. Nangis gak lah dia. So, I wash his hand dengan air then letak minyak mastika. And Afriena plak dia kena denda stay dalam dark room for 5 minutes. Keluar dari bilik tahanan, dorang dah baik balik. siap gelak-gelak lagi tau.

 
 

Gambar Ini Menang Hadiah Lagi


03 Aug 2009

Alhamdulillah, gambar collage diatas tu memang hadiah lagi untuk peraduan Photo-Collage yang diadakan baru-baru ni. Kami tak menang No.1… cuma dapat No.2 aja…. Syukur…. rezeki tu..

Tunggulah kemuncullan postingnye nanti ye…..

 
 

Tags:

Yes! I’m pregnant


02 Aug 2009

test

Alhamdulilllah… I’m expecting for third baby. Perasaan macam first time pregnant, maklumlah dah empat tahun tak pregnant.so far no morning sickness cuma sedikit loya in the evening.Looks like kenalah bukak all pregnancy buku sebab dah lupa dah macam mana nak facing all those thing during pregnancy. Cool

 
No Comments

Posted by Yatie in Antenatal