RSS
 

Archive for August, 2009

Pregnant and Puasa


31 Aug 2009

Ni kira macam first timelah berpuasa during first trimester.Dulu, Masa pregnantkan Afriena, dah last trimester, so puasa dia biasa dan tak mencabar sangat lagipun, pregnantkan Afrienalah paling senang.morning sickness pun takde sangat.

But this time punya pregnant, punyalah penat dan kadang -kadang macam tak larat. Walaubagaimanapun, I tak tinggal puasa lagi tau. Bab nak makan lah paling susah.Most of the makanan rasa loya jer. Air pulak tak payah cakap. Salah minum air jer, keluar balik. Masak??? lagilah…. bau tumisan pun dah loya sebab tu jarang masak for this time punya puasa. Kalau masak pun, something yang betul-betul nak makan jer.Nasib baiklah Kheirul paham.

Bila masuk pukul 4 macam tu, loya-loya dah start datang.After puasa, lepas berbuka mkn light-light jer, sebab dah jadi takut nak makan, takut muntah. Tapi kadang-kadang muntah jugak.

Paling best sahur, sbb masa tu takde rasa loya. So bolehlah makan.Since sahur sangatlah penting, menu I for sahur is normally, Oat, dan makan buah yang tak berasid.Kalau ada nasik, I will take nasik. minuman faveret sekarang is, Sirap Selasih atau Soda Bandung.

Inilah orang kata dugaan orang mengandung. mungkin for me dah teruk, tapi mungkin ada lagi yang teruk… so bersyukurlah. So ibu-ibu mengandung di luar sana…. bersemangatlah untuk berpuasa…Laughing

 
No Comments

Posted by Yatie in Antenatal

 

Resepi Siakap Kukus Dengan Serai


31 Aug 2009

INGREDIENTS

  • 1 big fish – could be siakap, bawal emas or ikan sebelah
  • Lot of ginger (young ginger)- sliced
  • 2 stalks of lemongrass-sliced
  • 2 clove of garlic -minced
  • 3 limes -juice
  • 1 tablespoon of nampla sauce
  • 1 red chili -sliced
  • spring onion and coriander leave

METHOD

  • place your fish in a big plate
  • put in ginger, lemongrass,garlic , limes juice and nampla sauce
  • steam for 15 minutes
  • then garnish with spring onion and coriander leave
  • steam for 5 mins,
  • ready to serve
 
 

Tags: ,

Siakap + Murtabak + Pengat


29 Aug 2009

Ramadhan yang ke-7 memang cukop sempoi sekali… Kami berbuka dengan pengat pisang, murtabak dan hidangan istimewa hari ini adalah Ikan Siakap Kukus Serai…… nak resipi… kene tunggu Yatie post nanti ye…

Siakap Kukus

Murtabak Daging Pak Din beli kat Pasar Ramadhan Kampung Pandan

Pengat Pisang buat sendiri… Ashraff belasah sampai dua penggan

sebenornye… gambor tu yang nampak menyelerakan dibulan poser nih…. bukan gambar aja yang menyelerakan… rasernya pon memang sedap.. tarak jual kat kedai punyaa oooo… cuma murtabak tu aja yang ada jual….

 

Tags: , ,

Kesesakkan Di Bulan Ramadhan


26 Aug 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adakah korang perasan tak dibulan Ramadhan ini kesesakkan lalulintas di KL semakin teruk terutama diwaktu puncak dari jam 4 keatas. Punca utama kesesakkan ini berlaku adalah kerana semua orang keluar serentak untuk persiapan berbuka dan tergesa-gesa untuk segera sampai kerumah sebelum waktu berbuka.

Kepada orang yang berpuasa takpe lah.. dah sememangnya itu lumrahnya ingin sampai awak dirumah tetapi yang menjadi persoalannya kenapa boleh jadi sesak?

Kat sini saya ingin mengurai punca kesesakkan berlaku:

  • Semua keluar serentak. Kat sini semua orang keluar serentak tak kira berpuasa ataupun tidak. Semua nak balik awal. Kepada non-muslim yang perihatin itu, kalau boleh tunggulah seketika dipejabat dan beri peluang kepada muslim yang berpuasa balik dulu. Jika non-muslim bagi laluan dahulu kepada muslim yang berpuasa balik dulu saya rasa sudah pasti dapat mengurangkan kesesakkan lalulintas.
  • Kereta parking tepi jalan ikut suka hati. Ini biasa berlaku berhampiran dengan Pasar Ramadhan. Memang ramai pengguna kenderaan meletakkan kenderaan ditepi jalan sehingga mengganggu pergerakkan lalulintas. Kat sini… jalan yang tiga lane tu dah jadi satu lane… mana tak tersangkut….
  • Sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri. Minta maaf saya katakan disini kepada pemandu motokar yang tidak pernah bawak motor, sila bagi laluan sedikit kepada pengguna motorsikal dan tidak melintang jalan semasa menukar laluan. Ada kalanya kereta berhenti melintang jalan dan jalan tersekat sehingga motor tak boleh lalu.. kesian pengguna motorsikal…..

Langkah-langkah penyelesaian:

  • Bagi lalulan kepada muslim yang berpuasa balik dulu.
  • berteleransi semasa memandu.
  • bantuan polis trafik untuk membantu pergerakkan lalulintas

Sorrylah, isu ini amat pedas untuk ditelan oleh sesetengah pembaca… so baca dan fahami dengan waras…

 

Tags: ,

Ramadhan Kedua


23 Aug 2009

Salam semua… hari kedua Ramadhan kami masih kekalkan juadah masakan sendiri lagi.. Pagi tadi bershopping hujung minggu kat Jusco Taman Equine aja… Takde la shopping sakan cuma beli barangan dapur jer.. Waktu pagi sangat sesuai untuk beli barangan basah kat supermarkat sebab kesegarannya masih ada…. oleh kerana nampak segar… saya beli kepala ikan merah, ayam, ikan siakap… semuanya segar-segar belaka… nasib baik pergi pagi.. kalau petang tu.. kesegarannya tu rasernye dah takde la….

Hah ni dia juadah berbuka untuk hari kedua ni…

Asam Pedas Kepala Ikan Merah..

Ayam Bakar Madu… memang best ni.. resepinye…. kene tunggu Yatie publish dulu…

Last sekali aneka kueh yang dibeli kat kedai dekat depan rumah….

 

Tags: , ,