RSS
 

Kelas Foto – Titik Kuat Komposisi


07 Jul 2009

Titik kuat dalam komposisi adalah titik yang paling menentukan dalam komposisi untuk membuat gambar menarik dipandang. Ia adalah tempat dimana kita meletakkan subject didalam bingkai or frame gambor yang kita nak amik tu… Titik kuat ni memang berkait rapat dengan hukum The Rule of Thirds yang menjadi asas kepada satu komposisi yang menarik

Cara penggunaannye sangatlah mudah… kita cuma perlu membahagikan bingkai gambar itu kepada 3 bahagian melintang dan 3 bahagian menegak…

Titik kuat adalah titik persilangan antara garisan menegak dan melintang itu.

sama juga untuk gambor potrait…

contoh gambor yang menggunakan teknik ni:

Adapun… kita boleh perbagaikan lagi titik kuat ni.. tidak hanya pasa satu titik tapi boleh juga untuk pelbagai titik.. contohnya:

Teknik titik kuat ni digunakan secara meluas oleh kebanyakkan jurugambar tak kira gambor video ataupun statik… pada lazimnya, hasil gambar akan lebih menarik jika teknik ini digunapakai….

lepas ni kalu saya ada masa …. saya akan cerita skit sebanyak pasal shooting angle plak… tapi kene cari dulu gambor untuk dijadikan contoh dulu… tungguuuuu…..

psstt: kelakor bebenor bunyinye.. titik kuat.. heheh ye la direct translation from English word Focal Strong Point

Related Posts with Thumbnails
 
No Comments

Posted by Kheirul Mohamed in Kelas Foto

 

Tags: ,

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?