RSS
 

Kelas Foto: Garisan Horizon


14 Jul 2009

Salam,

Sambungan kelas foto berkaitan dengan Horizon Line. Masih ingat tak lagi “The Rule of Thirds”? Ok, kita ulangkaji sedikit. The rule of thirds ini adalah asas utama dalam satu-satu komposisi gambar dimana titik persilangan garisan ‘the rule of thirds’ itu merupakan kawasan titik kuat untuk meletakkan subject dalam komposisi. Sila rujuk Titik Kuat Komposisi.

Kali ini saya ingin menyambung sikit pasal aplikasi ‘The Rule of Thirds’ tetapi berkaitan dengan cara kita meletakkan horizon line pula. Garisan horizon adalah amat penting sekali apabila kita mengambil gambar ‘outdoor’ seperti gambar permandangan, matahari terbenam, sungai, air dan sebagainya. Oleh itu, tempat dimana kita meletakkan garisan horizon itu adalah sangat penting dan ia mempengaruhi mood gambar yang kita ambil itu.

Caranya meletakkan garisan horizon itu sama ada sepertiga atas atau sepertiga bawah, sama dengan hukum ‘The Rule of Thirds’ itu….

Sila rujuk contoh dibawah:

Contoh Garisan Horizon pada sepertiga bawah.

Contoh dibawah dimana kita meletakkan garisan horizon pada sepertiga bawah. Tujuan utama adalah untuk memberikan lebih tumpuan kepada bahagian atas gambar. Contoh diatas adalah bertumpu kepada keindahan awan dengan langit biru.

rot-horizon-low-a

Pics by Kheirul : Langkawi : D300 : Tamron 17-50mm A16NII : ISO200 : 1/500 : F11

Contoh Garisan Horizon pada sepertiga atas.

Satu cara lain meletakkan garisan horizon ini adalah pada sepertiga atas gambar. Ini adalah bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada bahagian bawah gambar. Contoh ini menunjukkan kita memberikan lebih tumpuan kepada bayang matahari terbenam dan permukaan laut.

rot-horizon-high-a

Pics by Kheirul : Langkawi : D300 : Tamron 17-50mm A16NII : ISO200 : 1/500 : F11

Contoh lain….

rot-horizon-high-a

Pics by Kheirul : Langkawi : D300 : Tamron 17-50mm A16NII : ISO200 : 1/640 : F14

Itulah serba sedikit info yang ingin dikongsi bersama, dan sekiranya saya rajin, saya akan tulis lagi….. sekarang ni susah skit nak tulis sebab tak ada gambar contoh… kena korek koleksi lama-lama untuk dijadikan contoh….

oklah…. sekian

Related Posts with Thumbnails
 
No Comments

Posted by Kheirul Mohamed in Kelas Foto

 

Tags: ,

Leave a Reply

 

Get last post from your blog?