RSS
 

Archive for April, 2009

I jeles tau


29 Apr 2009

Tengok la mengada betul Afriena dgn papa dia… Papa mama jeles tau…

 
 

Helppp!!!!! Snake…


28 Apr 2009

kalau dah nama budak kan.. memang tak reti dok diam.
Contohnye Ashraff and Afriena. Masa kat Kuantan hari punyalah tak reti dok diam
geram jugak la sebab Orang nak tidur, dorang nak merayap kat bawah. maklumla kan chalet atas tanah.ada je kerja dorang. paling dorang suka sapu sampah. FYI, ashraff dari kecik lagi suka sangat sgt sapu sampah.
ha ni nak citer masa tuh I dok syok tidor… jap dorang kejut, Mama, I want to go to toilet, ok bangun la pi bawak toilet, tidur balik , aleh kena kejut lagi, sorang lagi nak pi toilet
pastu I letak budak 2 orang main toys kat atas katil then sambung tidur.
Syok tidur ala ala dah sampai London tetiba,

“Mama, mama wake up!!! help help..Mama mama snake, mama wake up”
terperanjat jugak betul ke ada snake rerupa nya, bila I bangun tanya mana snake , there in TV there. Rupanya dorang dok tengok citer Majalah Tiga (bila masa plak dorang tengok Majalah 3)
Angin nye.. dah lah I tengah syok tidor dorang boleh buat suspen. Ingat kan ular betul…
tapi nak marah tak jadi sebab cam kelakar plak. Last sekali 2 beradik tuh tidur jugak.

 
 

Tags:

Jahat ke Mat Rempit??


28 Apr 2009
Jahat ke Mat rempit…. bila dengar orang citer pasal Mat Rempit, automatically kita terbayang kan kejahatan dorang. Kadang-kadang I tak puas hati bila orang labelkan yang mat rempit ni jahat. Sebenarnye, Mat Rempit tak semuanya jahat. mungkin sebilangan nye sahaja yang bersikap ganas dan jahat.
Ye memang betul dorang suka melakukan perkara yang tak berapa disukai orang lain.
Contoh bawak motosikal secara merbahaya dan membahayakan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, tapi pernah tak kite terfikir yang masalah utama mereka ini adalah kurangnya tempat yang sesuai untuk diorang tunjuk skill diorang seperti trak lumba yang sesuai. Memang tidak dinafikan ada trak… tetapi bayarannya adalah terlampau mahal. Sekali pergi boleh la , berkali-kali mana nak kaup duit. Sebab tu lah dorang suka buat kat atas jalan raya.
Ada orang kata Mat rempit samseng… memang betul tapi tahu tak kenapa jadi macam tuh?? sebab dorang tak di respect… bagi yang tak pernah naik motor memang takkan rasa perasaan tuh…especially kalau orang bawak kereta mewah. Asyik hon je dorang.. tu yang hangin tuh… kekadang kereta kita kena hentak ke sepak ke, mesti bersebab tuh,mungkin kita himpit jalan dorang ke, apa ke…
So jangan asyik labelkan Mat Rempit tu jahat.
Sebagai individu yang pernah lepak dengan Mat and Minah rempit, I tak nampak pun yang dorang ni jahat. Sebenarnye dorang ni baik, semangat persahabatan dorang kuat kalau nak compare dengan orang atasan. Susah sama tolong senang sama rasa. Geng rempit nih, kalau kena gaya memang dorang baik, hormat orang tua…So, nasihat saya jangan la tengok dorang bawak motor kecik tayar sotong, terus label mat rempit, dah lah label mat rempit, kita boleh cakap dorang samseng plak. Macam kat TV semua tuh, buat citer pasal mat rempit, banyak tunjuk yang hitam jer, cuba la berdampingan dengan dorang, jalani hidup seperti dorang. Jangan labelkan dorang jahat, berilah mereka peluang.
Pendapat saya:

untuk mengurangkan mat rempit merempit atas jalan, saya berpendapat buat trek free entry dan sewa murah untuk gear so that dorang boleh tunjuk skill. Secondly espect each other.

NOTE:hormat orang lain kalau nak orang hormat kita.

motor1

Ni dia mat rempit yang sebenarnya… Hampir kesemua mat-mat motor besor ni semua pernah merempit…
Nasik Tambah Skit dari Kyoll: Jom kita bincang topik panas ni……. Kepada Mat-mat rempit diluar sana jangan malu untuk memberi komen anda….. Marilah kita membersihkan nama BIKERS kita….
 
 

Tags:

Welcome to Phuket


27 Apr 2009

We were in Phuket….but not Phuket, Thailand, It’s Phuket seafood restaurant

This is Restoran Phuket kat Tanjung Lumpur… memang tak sah kalau pergi Kuantan tak makan seafood.

tengok le seafood dia….

Apalagi… kita pilih itu seafood

seafood yang begitu segar….

Tengoklah kawasan restoran yang begitu luas…

sesuai untuk kanak-kanak yang hyper yang tak reti duduk diam…siap ada playground lagi tuh

Apple juice and Lime juice – untuk hilangkan loya , 5 bintang

Hasil tangkapan – udang masak sweet sour , esp for kids. Udang ni rasanye overcook sikit… maybe dorang goreng lama sangat… tapi kuah dia sedap juagk cukup dengan rasa masin, manis and masam and tak pedas ,3 bintang

    telur dadar – compusory for us.Telur ni biasa jer but very oily la for me

      Ikan Aji-Aji Bakar – sedap ikan bakar nih. Ikan bakar bersambal ni sedap, kesegaran dan kemanisan ikan ada lagi. Isi dia lembut and sambal ngam -ngam tak pedas sangat. I kasi 5 bintang. Memang sedap sekali… mesti cuba “MUST TRY”

        Chili crab, first time order ketam harimau not bad rasa dia, but as a pecinta makanan laut, I was a bit upset sbb sedikit overcook on my crab but crab manis cuma sikit keras sbb deep fry (they should steam the crab). BTW kuah dia sedap sbb sikit pedas, 2 bintang

          Kailan ikan masin… tidak menghampakan sbb cukup segalanya, masin, and the freshness of the vegie – 5 bintang

          The side dish is the timun and sambal belacan yang sangat pedas

          and nasi yang tak baper luak sbb byk mkn lauk jer

          tgk muka I dua beranak yang suka mkn seafood … NOT BAD

           

          Duta Sand Beach Resort Kuantan


          26 Apr 2009

          Masa kat Kuantan hari tuh kiterang lepak kat Duta Sand Beach Resort. Murah jer.. RM 148 per night inc breakfast yang ala kadar..

          tengok lah bilik kiterang, Katil 3 cukup sorang satu

          hatu depan chalet kiterang and sebelah tu ada swimming pool. tak swimming pun sbb kat rumah dah ada swimming pool

          yang best kat depan chalet ada pantai… siokk…tapi tak mandi pun sbb cuti kali ni byk dihabiskan untuk lepak lepak kat town and tidur atas katil… saja untuk lapangkan fikiran yang penat opis and kat school

          Ashraff memang suka la dengan pantai, tapi dia tak nak mandi mungkin sbb tak baper sihat kot

          tapi apa apa pun cuti kali ni memang best sbb byk di habiskan kat chalet, and yang penting kiterang asyik makan jer…

           

          Tags: ,

          Live Blogging from Kuantan


          24 Apr 2009

          Yes… Live blogging from Kuantan…

          Sekarang ni 7:30pm kita orang tgh menjamu selera kat Kemaman Kopitiam Kuantan….

          kuantan

          Makanan kat sini semuanya bagak-bagak belaka… tu dia mee kari ayam special… menurut member I kat sini dia cakap mee kari kat sini guna mangkuk nasik tambah.. memang besor…

          Yatie plak makan Chicken Chop special… separuh ayam tuh chicken chop dia.. punye ler besor…. memang puas hati..

          kang citer balik…. nak makan jap…..

           

          Esok Cuti …


          22 Apr 2009

          Hip hip hooray… hip hip hooray..

          Esok Sawanila family cuti… bestnye. Kami semua nak pergi bercuti lagi…. dimana??? hihihi RAHSIA…

          Nanti bila sampai insya’ allah kalau ada internet , akan kami blog kan. Tapi jangan lupa masuk sawanila.com tau… kot kot ada suprise ke kan…

          Note: tengah terbayang berjemur tepi pantai…

           
          No Comments

          Posted in My Notes

           

          Sabtu di PJ


          21 Apr 2009

          Last saturday, kiterang satu family spend almost whole day kat PJ aka Petaling Jaya.

          Seawal pukul 11 pagi, dah ada dah kiterang kat A & W for Brunch.

          Cam biasa…. sampai kat A&W kena pekena game kat situ. lebur duit I tau. Takpe asalkan dia diam masa makan.

          and as long as they enjoy their day.

          Ni lah A&W yang selalu kiterang pergi… sampai Eugene pelayan kat situ pun dah kenal. Kalau sesapa yang selalu pergi situ mmg akan jumpa ramai pekerja istimewa. So you all yang pergi sana kalau dorang jatuhkan barang ke jangan marah sbb dorang adalah sangat istimewa.

          Kalau datang A&W, tak sah kalau tak order waffle dia… I like to have my waffle with butter and syrup. selain dari tuh adalah jugak breakfast meal follow by lunch meal. Dorang 3 org tuh makan byk tau….

          Lepas makan jer… kiterang pergi ke Amcorp Mall… sbb nak cari buku colouring… sbb budak 2 orang ni tak nak toys. Dorang cakap dorang naughty so no toys but can buy books….ha ni dalam kedai apa tah semua jenis Ben 10 ada…

          Semua benda princess ada… dorang pegang jer… sbb dorang nak tunggu b’day dorang… FYI budak 2 org tuh dah tempah nak apa for birthday… satu Ben 10 cake, 1 princess cake…tu belum hadiah lagi… poning mama..

          Aikk apasal kasut ni ada kat sini??? ni takde kaitan dengan hari sabtu… tadi bau beli…jalan sesorang tetiba nampak kasut kat Vincci…so I beli je..tapi still simpan kat opis…

          So lepas je lepak katAmcorp Mall, kiterang pergi Singgahsana Hotel for reunion….Lepas reunion balik then pergi bawak bebudak pergi swimming….kasi dorang penat..

           
           

          Red Sun


          21 Apr 2009

          matahari

          just wanna share my work… fyi, sometime I buat kerja paedah ni… amik gambar…

          budak 2 org jerit -jerit suruh amik gambar…. I snap the pic using my own camera…

          I like it…. influence from my husband…

          Photography is one of my interest….

           

          Tags:

          BOHSIA: Jangan Pilih Jalan Hitam


          20 Apr 2009

          bohsia-fpDaripada tajuk sahaja susah sensasikan.. tentu ramai yang tak sabar nak pi tengok citer ni kat pawagam. Cerita arahan pengarah muda Syamsul Yusof dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd. dan Grand Brilliance Sdn. Bhd ini menampilkan Nabila, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Diana Danielle dan ramai lagi….
          Semalam pon Yatie ada cakap kat I dia kata kalau free dia nak tengok gaks citer ni kat pawagam sebab tengok trailer pon dah gempak kan…. I pon nak tengok gaks apa message yang nak disampaikan daripada film ni… mana la tahu ada pengajaran disebaliknya… tetapi yang pasti.. film ni banyak tunjuk gejala rosak akhlak dikalangan anak muda kita…
          tunggu la nanti hari tayangannya.. baru sedap nak komen…. ni kalu setakat trailler film aja.. tak syok…..

          *sumber: www.sinemamalaysia.com.my (poster)


           

          Tags: ,