RSS
 

Archive for March, 2009

Review Dim Sum @ Islamic Centre Hong Kong


30 Mar 2009

Masa kat Malaysia lagi kiterang dok carik/google makan yang boleh mkn kat Hong Kong. Lucky Kheirul’s sister help us alot. FYI, dia pernah dok sana so she knows. So sesampai jer Hong Kong, Check In terus kiterang pi Islamic Centre for makan-makan. Oh ya jangan lupa sembahyang, walau dok kat mana pun kena sembahyang ok.

ngam ngam, sampai kul 2, perut dah lapr giler nasib baik bebudak ni dah makan coklat on the way. Sesampai jer tengoklah berapa ramai orang. mostly muslim. Alhamdulillah…..they are from Pakistan, Indonesia and Hongki itself. I think I saw Singaporean overthere

actually ni bukan restoran, tapi cam kantin la… kat tingkat 5, tingkat 2 and 3, tempat sembahyang… Kantin dia very clean.

Apa lagi…. kite order la… tapi dah byk makanan yang dah abis sbb dah kul dua. dorang tutup pukul 3. So kalau you all nak pi pergi awal sikit.. apa yang kiterang order… tgk kat bawah

Rice with minced meat : Ni Afriena yang request nak rice so order for her. tapi bila meal dia datang, huis mak Afriena pun tak leh abis punya la besar. Kiterang share 4 org. habs gak makan. Rice dia rasa cam nasik pulut sikit, mince meat dia so tender, mcm melt in mouth and the gravy I think they use oyster sauce.. sedap..

Chicken and vegie pau: Ha… ni Ashraff and Afriena jerit cakap mantau…then the waitress cakap..ni bukan mantau tapi dorang tak puas hati cakap tu mantau. dorang cakap mandarin, wautress tu balas bahawa Cantonese… pening makcik… Pau dia biasa je rasa tapi inti dia sedap sebab daging ayam ketul besar Sioookkk. and Inti dia kaler hijau sebab dia sayur dan ayam…. wahhh mau nangis bila ingat pau dia…. papa kiter pi lagi sekali ok

Ha ni plak, mushroom and chicken dumpling… tengok lah dumpling dia besar gedabak… masa ni kalau you all gigit dumpling tukan… semua juice dia akan meleleh keluar… yang ni I makn 2, ashraff makan 1, Kheirul tak leh makan mushroom so tengok jela

Hi ni special… I tak pernah jumpa kat KL, ni pulak egg plant dumpling. Dia letak isi ikan dalam terung. selalu kite makan yong tau foo ada lah tapi sbb dia pakai light soy sauce and dia steam plak tuh… tu yang sedap.. meleleh beb juice dia masa makan tuh… air liur pun meleh masa tgk ni benda…rasa dia manis -manis terung… sedap

Ha ni plak shrimp dumpling…. Dia pakain udang medium size. sedap very juicy. Dalam tu ada 4 ekor udang M size. Rasa dia cam udang la… hihih very sweet….

Ha… yang ni lagi best…. meatball…. very juicy, daging dia berasa and very tender.. cam bila masuk mulut tuh terus cair… besar gak la besar sikit saiz bole ping pong kot

Ha tengok ashraff camner dia makan… punya banyak dia makan…

Ha tu pau nye inti…sedap..

mulut muncung tuh sebenarnya nak mengambarkan betapa sedapnye makan kat situ tanpa rasa was was…

So kiterang nye makan byk tuh termasuk Chinese tea berjumlah HK$90++ murah kan???

pas tu apalagi pi sembahyang la

How to go to Islamic Center???

Kalau nak pi sana… take MTR ke Wan Chai.. then amik taxi ke Charter House Hotel. Islamic Centre tu just behind Charter House Hotel Wan Chai Rd. The canteen is on the 5th floor.

NOTE:Kalau nak makan dim sum yang sedap dan halal kat KL, boleh pergi ke Hartamas food court depan uncle Don sebelah ngan balai bomba… sedap gak

Sekian……..

 

Tags: ,

Video From Ave of Stars Hong Kong


28 Mar 2009

Tambahan satu video lagi… taken from Ave of Stars Hong Kong…. cuaca memang best.. berangin.. suhu dalam 20 darjah…

 

Tags: , , ,

Disneyland Video Clips


27 Mar 2009

Gambar sahaja tak dapat gambaran sebenar… nah ni dia video daripada Yatie…

These are some video clips taken :

The Orbitron.. kat Tomorrowland

High School Musical Parade

yang ni plak Cinderella Carousel

Ni kat Small World…. seronok tengok yang ni…

Kat dalam Small World Lagi

Selingan sebelum pesta bunga api..

 

Tags: , , , ,

Post Review – HK Disneyland Trip – Day 2 – Fireworks Show


27 Mar 2009

Everyday before ended, there is a fireworks show kat Disneyland Hong Kong.. so if you’re going there.. make sure you dont miss this… The show starts at 7:30pm… and it last for 20 minutes…

penuh dengan orang ramai.. so you have to make sure secure your spot first.. kalau tak.. tak dapat view yang menarik la

Orang ramai semuanya terpegun melihat pertunjukkan bunga api tu…

Sebenarnya I terkilan semasa amik shot bunga api ni.. sebab I tak bawak TRIPOD… so gambar tak lawa… semua gambar ni handheld aja… sebab tu tak berapa sharp…

kalau la ada tripod masa tu… menangis la korang tengok gambar fireworks ni… betull…. gerenti cun abis punye…. tapi takpe.. tanta tripod pon.. gambar-gambar ni semua pon kira ok la….

Untuk pertunjukkan fireworks ni.. my D300 bekerja keras betul… I setkan “machine gun” mode… sekali tekan shooting cam machine gun… rasenye ada dalam beratus-ratus keping gambor kot amik… tak terkira banyaknye…

Tu la untung pakai digital camera… amik aja.. kalau tak suka delete.. heheh… tapikan.. kalau pakai DSLR plak.. shutter count tu kene amik kira gaks.. hehehe… kalu asyik amik machine gun mode aja.. kejap aja shutter count tu berpuluh ribu…. pas tu kene service la…kakakak..

I suka yang ni..

Yang ni pon I suka… kalau nak tengok keseluruhan gambar fireworks tu… I dah upload kat SawaGallery… boleh tengok kat sana.. banyak lagi gambar yang menarik kat sana…

That’s the last 2 pics…. and the show ended…. sedey….

Habis aja fireworks show… everybody is rushing out and same with us… raser bercampur baur.. penat, seronok, letih, terkilan, happy… raser cam tak percaya kitaorang dah sampai kat sana pon ada….

so.. lepas ni I akan passkan review ni ke Yatie plak.. so dia akan buat review yang lain plak.. jangan tak baca ya……….

ps: Our Next Trip will be Shenzhen….

 

Tags: , , ,

Post Review – HK Disneyland Trip – Day 2 – HK Disneyland Park 2


27 Mar 2009

Cont…

Ok… sambung balik.. selepas menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.. kami kembali ke Disneyland Park balik untuk pergi ke park yang belum kami lawati lagi… Amat menakjubkan shuttle bus balik ke hotel ada setiap 10 minit dan kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk pergi dan balik ke hotel untuk menunaikan solat… memang tidak ada pembaziran masa kat sini…

Seterusnya.. kami masuk Small World plak… Kat dalam Small World ni ada macam-macam… dia mempamirkan hampir semua budaya dan masyarakat dalam dunia ni dalam bentuk character kecil cinonet…

Dalam Small World nih memang terasa dan sepanjang perjalanan tu dimainkan lagu It’s A Small World dalam pelbagai bahasa.. Bahasa Melayu pon ada….

The Golden Mickeys at Disney’s Storybook Theater paling syok.. This is the best 3D theater yang we all pernah masuk. Special effect dia menakjubkan… cukop semua sekali.. cth.. air terpercik.. memang air betul terpercik kat muka kita… effect bau… bau cheese, bau bunga… effect haba… panas.. sejuk semuanya terasa… effect angin… angin bertiup, ribut, petir, hujan… semuanya real…. pas tu.. yang paling canggih.. effect 3D dia.. cam Donald Duck tu duduk depan kita la… real.. Ashraff siap nak cekop Donald sebab cam betul-betul ada depan mata..

Kemudian the last park yang kita pergi adalah Adventureland… kat sini ada Jungle River Adventure, Tarzan Island dan Festival of Lion King…. Kita orang pergi Rivers Adventure tu dan semasa beratur tu ada sign cakap “You may get wet”… hehehe so be prepared la… maklom la atas tangan ada barang kesayangan yang harga dekat RM10K so takut la kamera ni rosak plak kene air kan so kene be prepared la…

River adventure ni ada banyak bahasa.. Cantonese, Manderin dan English… kita amik yang English punye…

Tengok tu… Gajah dok siap sedia nak sembur air.. buaya plak dok relek jer tepi sungai…

Hah.. ni dia badak air dok ternganga tak sampai sekaki drp bot….

Tengok tu… air terpancut depan bot.. sebelah kanan bot plak gunung berapi…. peerrrggg real abis…

Then kita pi masok plak kat rumah Mickey Mouse… tengok tu.. semuanya kartun…

last sekali bergambar ngan Mickey Mouse.. kat sini kita orang terkene… sebab ada pro photog kat sana yang dok amik gambar.. dan printout siap dalam 5 saat… taknak amik kesian plak… sbb dah ada depan mata.. so terpaksa la korbankan HK$120… dalam RM60 untuk sekeping 8R gambor… takpe la.. gambar yang dia amik pon lawa.. siap ngan folder sekali….

Hari dah hampir senja… Fireworks Show kul 7:30pm setiap hari sebagai penutup kat Disneyland ni.. time masa tu baru kul 6:00pm… so Yatie amik peluang untuk dia bershopping kat Centennial Hall… I dan Afriena dah beli Disneyland shirts + goodies dah sebelom tu.. cuma Yatie + Ashraff je belom beli lagi… so bagilah Yatie pi shopping plak….

Sementara menunggu Yatie pi shopping kat dalam tu.. bebudak dok layan bubbles kat luar kedai… melompat-lompat bebudak tu mengejor bubbles…

hah… dah beli pon shirts Disneyland untuk kenang-kenangan….

To be continued ~ Disneyland Fireworks Show…

 

Tags: , , ,

Post Review -HK Disneyland Trip – Day 2 – HK Disneyland Park


26 Mar 2009

Cont…

Woke up dalam kul 5:30am… selesai jer solat subuh,…. bersiap untuk mengharungi hari yang dinanti-nanti untuk explore Disneyland Hong Kong. We all tak makan breakfast kat hotel sebab masih was-was akan masakan kat cafe hotel tu so makan sandwich yang diimport dari Malaysia la… roti + tuna tin yang dibawa bersama sebagai breakfast yang cukop sedap… siap buat bekal lagi…

Ni dia jalan masuk ke Disneyland Park… sampai jer kami disambut oleh Mickey yang naik surf board atas ikan paus tu…. walaupon kami datang sana bukan peak season… tapi pengunjung tetap ramai….

Benda yang pertama sekali yang kami tuju adalah information pamphlets. Kalau takde bende ni memang boleh sesat dalam park tu….

Second thing, pi kat Disneyland Fire Station, haha.. korang pelik kan.. kenapa pergi Fire Station plak… bukannye apa… untuk sewa stroller dulu… tengok tu.. budak dah tersengeh sbb dapat naik stroller…. si Abg plak dok masam semacam pasal tak dapat.. sewa stroller HK$60.. deposit HK$40.. so jadi HK$100….

Tak sampai 5 minit lepas tu.. ada parade plak… syok tengok persembahan diorang.. memang meriah sekali.. mak bapak semua dah jadi bebudak bila masuk Disneyland Park ni…

Park yang pertama kita masok adalah… Tomorrowland…. kat dalam Tomorrowland ni ada Autopia, Buzz Lightyear Astro Blasters, Orbitron, Space Mountain dan Stitch Encounter.. semua kitaorang belasah cuma Space Mountain aja tak pasal highspeed rollercoster… Afriena tak cukop tinggi..

Ride yang pertama kita naik Orbitron… setiap rides kene beratur…. tengok ler muka ceria budak nih… hilang penat dia bila dapat naik rides…

Kemudian Yatie + Afriena plak naik… pasal mula-mula nak naik sekali tapi Afriena menangis plak pasal taknak tinggalkan stroller dia….

Sementara menunggu tu.. Ashraff sempat lagi main air pancut kat situ.. pastu tunggu nak masok kat Buzz Lightyear Astro Blaster dah….

Hah.. sampai pon orang yang ditunggu.. siap berlari lagi nak masok kat Buzz Lightyear ni.. heheh… posing jap… pas tu baru masok…

memang syok kat sini… banyak alient kitaorang tembak… siap dapat highscore lagi… keseronokkan tak dapat digambarkan… hanya gambor aja dapat kasi korang tengok…

Habis jer main Buzz Lightyear tu.. kita tengok plak skill tukang sapu melukis guna penyapu…. perasan tak gambor Dumbo kat atas lantai tu… peerggghhh skill giler dia melukis… tukang sapu jer tu beb….

yang ni plak.. skit trio tukang sapu main gendang baldi.. memang power… siap joget….

yang ni plak show parade lagi dari High School Musical plak…. parade ni masa kita orang jalan nak pi Fantasy Land.. kat Fantasi Land ada The Golden Mickeys at Disney’s Storybook Theater, Mad Hatter Tea Cups, Mickey’s PhilharMagic, The Many Adventures of Winnie the Pooh, It’s a small world, Cinderella Carousel dan Dumbo the Flying Elephant.

Ni gambar masa main Mad Hatter Tea Cups… pening giler sebab pusing-pusing…

pastu main Cinderella Carousel plak.. and Afriena waiting to get Cinderella autographs plak…

Main Dumbo the Flying Elephant plak… hehehe… semua rides bebudak ni nak naik… takpe.. kasi diorang belasah semua.. kalu tak naik rugi plak…

Penat dah bermain.. rest kejap for lunch.. kita orang makan lunch sandwich tuna.. yang bawak bekal… pas tu beli jagung rebus dan pop corn aja.. walaupon lunch tak seberapa.. tapi cukop sedap…

Tengok ler jagung dia.. gemuk-gemuk…. bebudak lebih suka makan pop corn… sanwich yang dibawa bekal pon habis dibelasah… tapi kan.. citer pasal sandwich ni.. setiap orang yang lalu akan tengok kitaorang makan sandwich tu…. kat Hong Kong memang susah nak dapat white bread cam gini… bekalan roti ni diimport dari Malaysia……

Lepas makan naik UPS plak.. ketapi round satu Disneyland tu… bila naik ketapi ni baru nampak park-park yang lain yang belom dilawati…

Bergambar satu family atas pertolongan tukang gambor pro kat sana… kat kita boleh suruh tukang gambor pro amik gambor kita.. pas tu siap print on the spot… Amik gambor free…. tapi kalu nak print out kene bayar HK$120… siap dalam 5 saat…

The Many Adventures of Winnie the Pooh ride kitaorang belasah lepas tu plak… banyak gambar amik kat sini..

Then we went back to Fantasy Land.. main Autopia plak.. pasal waktu dah dekat kul 3pm.. and we decided to go back to Hotel untuk Solat Zohor + Asar jamak sekali….. Sebelom keluar park.. sempat lagi main satu round lagi Buzz Lightyear.. pasal syok sangat… ada orang mintak repeat…

~ To Be Continued ~ ….. Disneyland Park – Part 2

 

Tags: , , ,

Post Review – HK Disneyland Trip – Day 1 – Hong Kong City Tour


26 Mar 2009

Cont…

Once reached to the hotel… our room is not ready yet… Normal for Hongkies… the room can be only checked in at 3pm… so we decided to go jalan-jalan first. We got 2 days multiple entry to Disneyland Park and we decided to jalan-jalan Hong Kong first and hantam sampai penat on the second day..

Day one… amik gambor aja kat depan Disneyland park… and on the right.. this is the smallest 7-E yang pernah kiraorang jumpa kat dalam dunia ni… Air mineral sebotol HK$4.. dalam dua hinggit not bad la…

Hah… kalau korang perasan.. kat Disneyland tu.. semua benda kepala tikus tu.. sampai cermin ketapi pon kepala Mickey…. MTR dia ni memang superb… bersih… dan canggih… kat Malaysia ni takbleh lawan la… jauh ketinggalan… Sebenarnya… we all rushing untuk pi makan Dim Sum kat Wan Chai and kedai tu tutop kul 3pm.. so kita amik MTR aja.. dari Disneyland amik MTR ke Sunny Bay (pink line) pas tu amik (Orange line) ke Lai King… pas tu tukar lagi amik (Red line) ke Admiralty.. pas tu tukar lagi amik (blue line) ker Wan Chai… peeerrrggghh. korang dengar cam complicated giler kan.. tapi sebenarnya interchange tu memang cukop efisyen, mudah, senang, cepat dan cukop sistematik.. setiap kali interchange.. memang train satu lagi dah sedia sampai.. cam keluar pintu train .. pastu masok pintu train yang lagi satu… memang superb… takde delay langsung…

Suasana kat Wan Chai .. orang cakap the heart of Hong Kong la ni… sibuk jer… orang mundar mandir tak henti-henti.. Oleh kerana we all tak berapa tahu lagi location tempat makan Dim Sum tu kan.. so we took taxi la untuk ke Islamic Centre Masjid Amar tu… tambang taxi dari Wan Chai MTR station ke Islamic Centre tu cuma HK$16… dalam lapan hinggit….

Hah dah sampai pong kat Islamic Centre Canteen yang pernah kuwor dalam TV Astro Oasis tu.. yang si Farah AF tu pergi… tengok tu muka orang kelaparan….

Yatie pesan… nanti dia akan buat review pasal makan.. so tunggu review dim sum drp Yatie la yer.. saya takbleh nak buat review pasal makan kat sini…. apa yang boleh dikatakan.. kalau tak pergi makan sini tak lengkap lawatan ke Hong Kong…

Then after lunch… have a quick jamak prayers… senang pasal dapat diskaun… buat jamak qasar Zohor + Asar sekali kat Masjid Amar tu…

Lepas selesai solat… teruskan journey ker Wan Chai Ferry Pier…tujuannye dari Hong Kong Island nak ke seberang Kowloon… Sbb tak tahu jalan… amik taxi lagi.. hehehe kali ni tambang dari Masjid Amar ker Wan Chai Ferry Pier tu HK$24… dalam RM12 lah…

Masa naik taxi tu.. terserempak ngan Ads ni.. raser bangga la plak dapat tengok bank Malaysia kat Hong Kong tu.. heheh.. walaupon ambo tok kerjo kat PB….

Permandangan kat Ferry Pier … Tambang feri dari Wan Chai ke Tsim Sha Tsui (kowloon la tu) cuma HK$2.20… cukop murah… yang syoknye… orang tua (60 tahun keatas) FREE.. tak kira bangsa apa pon FREE….

Mendarat jer… terus nampak Clock Tower.. pas tu jalan menuju ker Avenue of Stars.. sbb nak pi jumpa superstar Hong Kong.. heheheh

Tengok ler gelagat bebudak tu… cuaca kat sini nyaman sekali ngan suhu dalam 20 darjah ngan angin yang bertiup kuat.. memang syok… nanti Yatie akan postkan video gelagat bebudak kat sini…

Lepas pi Ave of Stars.. then amik MTR lagi ke Mong Kok untuk pi bershopping kat Ladies Market.. yang kat Mong Kok ni.. Yatie la yang suka.. dia cakap kalu bagi 2 hari kat Mong Kong pon dia boleh pergi.. pasal kat situ memang syurga shopping…. malas nak review banyak-banyak pasal Mong Kong ni… cuma nak letak dua tiga keping gambor aja lah… kasi chan kat Yatie buat baiiiikkk punye review pasal Mong Kok…

kat Mong Kok ni macam-macam adalah… malas lah nak citer… nanti potong stim plak…

Kalau nak tahu apa citer pasal Ladies Market Mong Kok ni.. kene tunggu posting dari Yatie…..

Lepas pi shopping sakan kat Ladies Market Mong Kok tu.. kitaorang terus balik hotel sebab bebudak dah letih giler dan nak refresh for the Disneyland park tomorrow morning….

Oklah.. sampai kat sini dulu untuk kali ni… jangan lupa baca posting untuk DAY-2 lepas ni yer….

to be Continued…. Day-2 The Disneyland Park

 

Tags: , , , , ,

Live Blogging – Nuffnang Friso Disneyland Trip – Part 4


25 Mar 2009

Just touched down @ 2:55pm kat LCCT KLIA… Alhamdulillah… semuanya selamat… Kastam pon very friendly.. even we bought a lot of goodies… satu pon tak kene tax… Yatie siap tanya tu kene cukai ke…??? Alhamdulillah… selamat….

Right now.. I’m waiting for my sister to pick us up…Nanti kita orang akan buat post review for this trip…

Lastly, we would like to thank Nuffnang and Friso for giving us a very enjoyable moment at Disneyland Hong Kong…

So.. wait for our Post Review ok…….. there are more than 500 pics to show…. tungguuuu

 

Tags: , , ,

Post Review – HK Disneyland Trip – Day 1 – The Journey


25 Mar 2009

Alhamdulillah… We have safely return from Hong Kong Disneyland trip around 3 pm today. As promised, this is the first post review posting and it was about the Day 1 experience in Hong Kong.

We started the journey at 3:00am in the morning (23rd March). We reached LCCT with the help from my sister Cik Ta that sent us there. Sampai-sampai aja.. it was like a pesta… even 4am in the morning, punye la ramai manusia yang waiting for early flights..

Then nak dijadikan cerita plak… my ATM card kene telan plak… I was about to widthdraw duit.. pas tu my sister call then lupa plak tengah buat transaction sbb dah tertumpu kat phone conversation tu plak.. at last… kene kad kene telan.. duit pon tak dapat keluarkan…. nasib-nasib…

Oklah… have a quick early breakfast kat Marrybrown…. pekener kopi panas sedap gaks tu….

Lepas clearence kastam semua… masok kat departure hall… bari perasan Afriena tertinggal dia punye Tweety Bird plak.. tak tahu dia tercicir kat mana.. so dah start enjin buat perangai pepagi buta dah.. kesian Yatie nak memujuknya… janji “BUY NEW ONE” hehehehe….

Dalam flight bebudak betul punye lena… bagus…. aman dunia… sampai dah sampai HK International Airport pon masih lentok lagi…

Permandangan yang cukop indah diatas awan biru….

Suasana kat HK International Airport.. memang canggih.. terus terang saya katakan airport baru HK ni lagi canggih dari KLIA..

Ni la dia shuttle bus ngan driver gaban dia…. cakap omputeh berterabur sampai tak paham la… tapi dia nih very friendly…

Hah ni dia … dah sampai pong kat pintu gerbang Disneyland Resort…

We stay at the Disneyland Hollywood Hotel…. very nice…. nanti akan cerita lagi pasal hotel ni…

TO BE CONTINUED ~ Hong Kong City Tour

 

Tags: , , ,

Live Blogging – Nuffnang Friso Disneyland Trip – Part 3


25 Mar 2009

The time now is 9:25 am.. and we reached the HK International Airport for going back home.. We are very very the very tired but our excitement level is undiscribable… just to wrap out our trip to Hong Kong…

Day 1 – we went to Wan Chai… makan the best Dim Sum in the world.. then we took ferry to Tsim Sha Tsui. Walk to Clock Tower, Ave of Stars… take a few pics with Jacky Chan, Jet Li, Anita Moi and few other superstars….

Then we took MTR to Mong Kok… The shopping heaven for Yatie… bought a lot of goodies here.. for those yang nak fridge magnet.. hehehhehe… bodek-bodek la… kakakakka

Day 2… we spent a whole day in the Disneyland… we manage to cover all the rides + the 3D theater.. the most paling canggih 3D yang we all pernah masok… siap ngan bau, basah, panas, angin, ribut taufan semuanya cukop…

Day-3…. woke up early.. then straight to the airport…..

Sorry la pasal plan to have a lot of live blogging.. tapi masa dan internet connection plak susah kat sini…. bukan macam kat kl.. mana mana boleh dapat free wifi… kat sini.. cakap jer ada wifi… tapi kene bayar.. and it is so mahellll… so kita orang ada peluang kat airport aja untuk buat live blogging sbb kat sini FREE…and VERY FAST…

nanti kita orang akan cerita lagi….

ok… Time is running now.. we need to catch the plane to go back home… nanti I akan postkan gambar-gambar yang menarik…

 

Tags: , , ,