RSS
 

Persiapan Raya

03 Sep 2010

Raya dah tak lama lagi. Lagi 7 hari nak raya. So far alhamdulillah my puasa takde lagi kena tinggal. Best thing about breastfeeding. good hormon. hahahaha, As for Ashraff and Afriena, everyday puasa half day. Takpe next year boleh belajar lagi. Takleh paksa nanti dorang tak happy.
For persiapan raya so far adalah sangat bersederhana seperti tahun-tahun yang sudah.Sebab tak nak membazir. Pakai je yang ada.

Baju Raya
Just beli baju kurung for Afriena, Myself pakai jubah maxi yang beli last year sampai sekarang tak pakai, Boys, pakai baju Melayu yang lepas sebab baju Melayu dorang selalu pakai pagi raya untuk jangkamasa 2 jam saja. For little boy, Dia pakai baju sleeveless sudah sebab panas kat kampung.

Kuih Raya
Tak buat lagi but my mom requested Tart nenas. So kenalah buat besok lusa and tonight insya’ allah nak buat biskut oat.

Kasut Raya
Tak beli pun. Kasut dorang berlambak. But normally dorang pakai selipar/sandal je sebab raya kat kampung nak gi jalan rumah orang tak susah nak bukak pakai kasut

Langsir Raya
Ni tahap melampau la kan langsir pun nak tukar. So far langsir kat rumah dah 3 tahun OK lagi tak payah nak membazir

Duit Raya
Yang ni tak macam tahun-tahun sebelumnya…no duit raya since me not working so no duit raya.

Tak kisahlah macam mana sambutan raya, yang penting kita jangan membazir.

 
 

Tags:

21 Ramadan : Ikan Siakap 3 rasa dengan kismis

02 Sep 2010

Ni masak hari senin lepas. I masak siakap 3 rasa, campur buah ceri and kismis. Saja masak pesen lain .Nanti I sharekan resepi dia ok

Gandingkan pulak dengan sawi goreng kicap. Masak sempoi habis licin cuma nasi jer tak habis.

 
 

Tags:

Madames Foul dan buah keras

02 Sep 2010

Ramai dok email kat I tanya mana nak  beli kacang pool.

Some of Jusco supermarket ada jual . Nama dia Madames Foul cap kimball. Kat Tesco pun ada tapi bukan semua tesco. Kalau you nak cari pergi ke section makanan dalam tin, cari kawasan jual baked bean, kidney bean chick pea dan segala jenis kacang lah.

Ha siap dengan tanda harga lagi

Ha yang ni pulak rupa buah keras kot kot la nak masak kuah sapa tak tau rupa buah keras ke kan. Buah keras sedap letak kalau nak buat sambal tumis, kuah kari sebab dia menambah rasa lemak.

Oh ye kalau you all nak resepi Kacang pool, click here

 
1 Comment

Posted by Yatie in Shop & Dine

 

Tags:

Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi dengan Berpuasa

01 Sep 2010

Alhamdulillah. Hari ini sudah genap 22 hari kita berpuasa dan cuma tinggal 8 hari aja lagi untuk menyambut Syawal. Diam tak diam, perasan tak perasan, berpuasa sebenarnya kaedah yang paling efektif untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Tak payah makan ubat-ubatan, bersenam bersusah payah dan sebagainya.

Untuk dikongsi bersama, berat badan saya sebelum Ramadhan adalah 85kg dan sepanjang 22 hari berpuasa ini berat badan saya sekarang adalah 75kg sahaja… itu menunjukkan penurunan sebanyak 10kg…  Yatie pon dia cakap berat badan dia turun.. sekarang ni h berat badan dia 45kg aja……

Apa yang saya lakukan hanyalah berpuasa dan tiap-tiap malam tanpa gagal saya menunaikan Solat Tarawih berjamaah di surau… itu aja…  Nak kata saya jaga makan.. takde ler sangat.. semua jenis makanan saya belasah… kambing, ayam, daging.. semua belasah… seafood pon belasah gaks…

Bukan itu sahaja, kadar kelesterol dan gula dalam badan pun menuruh secara semulajadi semasa berpuasa. Ini menunjukkan berpuasa mempunyai banyak kelebihannya bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi ia dijamin oleh Allah SWT akan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

So… kepada yang ponteng berpuasa tu.. satu pesanan… rajin-rajinlah berpuasa, kalau ada yang tertinggal tu.. ganti cecepat… ingat jika tidak ganti sebelum tiba Ramadhan seterusnya.. diwajibkan membayar Fidyah dan fidyah akan berganda setiap tahun sebelum selesai mengganti puasa tersebut.

 

Tags:

Resepi: Laksa Nyonya

01 Sep 2010

Last Saturday, Kheirul  request nak makan Mi Kari. Siap request nak mi kari macam kat Lot 10. Demand tak? So puas lah dok kena ingat mana nak cari resepi sebab I ingat lagi mi kari dia tak masak pakai rempah kari. So searchlah kat internet cari resepi tapi most of the recipe letak rempah kari. So I follow some resepi tapi tak letak kari. Nak rasa kari dia, I buatlah kari ayam kering tanpa santan as a garnishing. Makan plak dengan sambal tumis dan bahan lain dan jangan lupa daun pudina memang sedap. Kuah dia tak pedas langsung sebab nanti nak mkn dengan sambal tumis dia, so budak-budak pun boleh makan. Bila tengok gambar ni, rasa nak buat lagi tapi dah plan dah raya ni, insya’ allah I masak Laksa kari. Kena masak 1 periuk besar nih…….

INGREDIENT

  • 1Paket Loh See Fun – boleh pakai Mi kuning, mihun atau laksa – celur sekejap
  • 2 inci halia – kisar
  • 1 inci kunyit – kisar
  • 4 inci lengkuas kisar
  • 1 mangkuk udang kering – dikisar
  • 3 batang serai – 2 btg kisar, 1 btg ketuk
  • 2 sudu cili kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 2 biji bawang putih – kisar
  • 3 biji buah keras – kisar
  • 1 1/2 kotak santan
  • 2 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 1 bunga kantan
  • garam dan gula secukupnya
  • Tauhu puk
  • 20 biji fish ball
  • 250g kerang rebus

Garnishing

  • 250g udang – di selur
  • 500g kerang – di rebus ambil isi
  • daun pudina
  • kacang panjang, sawi dan tauge – di celur
  • kari ayam kering
  • sambal tumis kosong

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumis bahan kisar bersama serai yag diketuk sehingga pecah minyak
  • Bila pecah minyak, masukkan santan, air
  • Kacau hingga mendidih
  • bila mendidih, masukkan bunga kantan, asam keping garam dan gula
  • kemudian masukkan fishball dan kerang
  • Bila fishball dah masak, masukkan tau puk dan matikan api
  • Hidangkan dengan mi kegemaran bersama sayur, daun pudina.
  • Lebih sedap jika makan dengan kari ayam yang dimasak kering dan juga sambal tumis kosong

Selamat Mencuba

 

Sharing is caring

30 Aug 2010

Sharing is caring kan…

Ni dok main game air kat Jusco Maluri.. ada anak sapa dok menyelit

Afriena dok main “tea-time” Rayyan pun nyebok sama nak main

Pastu Ashraff pun nak nyebok sama….

Ni plak time reading. Afriena dok ajar Rayyan baca buku….

Now Rayyan suka join apa yang abang and kakak dia buat. Dia suka dengan buku. Kalau Abang and kaka dia tertinggal buku atas lantai siaplah kena keronyok. Rayyan sedang dok practice nak merangkak. Pastu macam ada gigi nak naik. So bila time teething ni memang sakitlah mama dia asyik kena gigit jer. Sampai I kena pump susu sebab cam fobia nak direct breastfeed. Tapi dia cleaver, Tak nak minum botol nak direct jugak sbb boleh gigitkan…

 

Tags:

Resepi:Sambal Hotdog

30 Aug 2010

INGREDIENT

  • 6 hotdog- digoreng
  • Bawang besar 1 labu
  • bawang putih 2 biji
  • 4 sudu cili kisar
  • sedikit belacan -2 inci
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos tomato
  • 2 sudu gula
  • garamg secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

METHOD

  • Kisar cili, bawang dan belacan
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing
  • masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula/ gula melaka
  • Masukkan hot dog, kacau rata
  • Biar sambal pekat sedikit
  • Matikan api dan sedia dihidangkan
 

Tags:

Laksa Nyonya untuk Ramadhan ke-18

29 Aug 2010

Hah ni dia Laksa Nyoya freshly cooked dari dapur… uhuhuhuhuh…. memang dah lama giler tak pekener laksa nyonya nih….

Tengok gambor kat atas nih….  sendiri masak ooo.. takde jual kat kedai nih…

Yang nih plak dressing dia… tengok tu.. ada udang, kerang, sayur bermacam jenis, tidak dilupakan daun pudina dan juga sambal goreng…

Hah.. bila dah semua dimasukkan ke dalam mangkuk… dia jadi macam gini… peeerrrhhh memang sedap sekali… oh ya… saya tahu makan aja.. kalu nak resepi.. kene tanya orang rumah ler ye….

 
 

Tags: , ,

Kuey Teow Goreng

28 Aug 2010

Hidangan paling simple untuk Ramadhan ke 17…. Kuey Teow goreng… Saje jer.. sebab dah boring kot makan yang canggih-canggih so malas nak pikir nak masak apa.. paling senang buat kuey teow goreng aja

 
 

Tags: ,

Busy bila cuti

27 Aug 2010

Hai… macam nilah I.. kalau hari cuti jer busy. Busy nak tengokkan 3 orang budak. Busy nak pekik sebab 2 orang budak selalu bising. Bila bising baby pun tak nak tidur sebab dia pun nak join main sekali.

Hari ni Rayyan start makan solid food. Since berat dia pun dah 8kg , dah double weight and susah sangat nak tidur asyik bergayut je.. so I suap dia makan. Before this dah test , since nampak dia ok jer….so suap jelah. Rupanya memang dia lapar. Satu sudu kecik of the cereal habis dia telan. Siap nak pegang sudu and mangkuk sendiri.

Kesian dia, makan pun duduk atas kerusi kecik lagi, no highchair. Belum beli. Plan nak beli lepas raya. Time puasa ni I malas nak bersesak beli barang. Highchair yang lama dah kasi worang. So kena beli yang baru. Nanti ingat nak masak porridge untuk Rayyan la. Nampaknye kena searhlah apa makan yang dia boleh makan for his age.Patutlah dia minum susu 1 jam tidur 20 minit rupanya dia lapar. Lepas makan siap gelakgelak lagi.

Kalau ikutkan sejarah abang and kakak dia, semua start makan umur 5 bulan….Oklah tu. Rayyan pun dah sibuk nak angkat buntut, angkat dada.. dah lah badan dia besar. Paling best kalau nak tidur mesti dia nak peluk mama dia. Suka sangat tengok cara dia peluk mama dia.MAcam tak nak lepas je